Monday, June 16, 2008

TAN MALAKE ATAU MALAKA?

'Buku ape ni?'. 'Tan Melake?' 'Tak main la duduk rumah bace buku ni' kata seorang rakan ku. 'Ape la bace buku Melake' katanya lagi diikiuti hilai tawa rakan yang lain. Aku berkata itu Tan Malaka. 'Orang bukannya tempat'. Dalam hatiku berkata 'inilah bakal perosak bangsa'. Bagai garuda menyambar rasa marahku. Selepas mereka pulang aku berfikir, bagaimana agaknya bangsa ku akan datang. Sahabat2 lama ku semuanya rosak dengan lagaknya yang lebih gah dari rupa. Cakap berdegar2 tapi tahi tersangkut digelegar. Apakah anak melayu hari ini sekadar berpuas hati dengan apa yang dikecapi sekarang? Terlalu bangga dengan jawatan yang di pegang sekarang walaupun hanya penguatkuasa PBT di daerah ku. Bodoh! Inilah anak watan yang tidak kenal susah payah bangsa sendiri. Asal Melayu hebatnya ketuanan Melayu. Apa sangat yang boleh kita banggakan kalau hanya bertongkatkan bantuan kelompok bangsa. Tak boleh 'survive' anak melayu hidup sendiri. Anak Melayu tidak tahu idola mana yang harus dicontohi. Pemikiran sempit, buta dan ada juga yang buat2 buta. Sedangkan Tan Malaka sendiri tidak dikenalnya. Tokoh Melayu hebat, wacananya hebat, idealismenya hebat, sejarah perjuangannya hebat, semuanya hebat! tapi anak Melayu buta. Tak kenal asal usul perjuangan bangsa. Ke sekolah hanya sekadar suka2, mencari teman dan rutin harian. Memang lengkap untuk tiada masa depan! Itu belum lagi ditanya siapa Ahmad Boestamam, Pak Natsir, Mat Indera, HAMKA. Bangunlah melayu, apa yang dibanggakan dengan ketuanan melayu? Apa yang beraninya melayu? Orang melayu kalau ke Indonesia pun belum tentu berani sedangkan kita bangsa serumpun, bukan bangsa lain! Lihat orang2 bangla yang di hina, kita anak Melayu lebih hina kerana pengecut. Mat Bangla lebih berani sudah mengembara jauh dari negerinya. Kita masih duduk dibawah ketiak ibu bapa. Anak Melayu hantar ke asrama pun sudah menangis inikan pula keluar merantau. Anak minang Tan Malaka dari Kediri sampai ke Moscow sendirian. Baru anak jantan, gah orang Melayu ke negeri orang putih sendirian. Namun hakikat yang perlu anak melayu hari ini harus sedar bangsa kita semakin roboh. Pantas cari pengalaman untuk kumpul kekuatan untuk bangunkan bangsa semula! Kenali bangsa ini dan amati dengan baik. Bukan untuk berfilasuf tapi sekadar untuk kita nikmati kehebatan bangsa kita yang dahulunya hebat!

No comments: