Tuesday, July 29, 2008

PERJUANGAN ATAU PEMBERIAN 1


Adakah semudah itu British memberi kemerdekaan kepada kita? Rundingan yang dilakukan adakah dikira sebagai satu perjuangan? Banyak isu yang harus di kupas secara kritikal dalam membahaskan soal kemerdekaan. Bermula dari sekolah lagi, anak-anak kita telah di ajar bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan itu dipelopori oleh parti UMNO. UMNO memperjuangkan kemerdekaan hingga ke London dan akhirnya kemerdekaan dicapai pada 31hb Ogos 1957. Hanya itulah yang diketahui oleh generasi muda kini. Semuanya hanya kenal kepada Tunku Abdul Rahman dan Dato’ Onn seolah-olah hanya mereka yang memperjuangkan kemerdekaan. Cuba disoal pula siapa Ahmad Boestamam, Ibrahim Chik, Sutan Jenain dan Shamsiah Fakeh? Pasti tergamam semuanya. Tetapi itulah fungsi sekolah sebagai institusi yang hegemoni. Sekolah hanya menerangkan perkara yang dipelajari dalam silibus untuk memastikan pelajarnya lulus cemerlang.
Perjuangan menuntut kemerdekaan itu terlalu luas skopnya. Terlalu ramai tokoh yang harus dikenali bagi merumuskan segala kejadian. Perjuangan oleh UMNO tidak harus kita nafikan kerana walaupun hanya rundingan yang berlaku tetapi pelaksanaan kata-kata dan janji Tunku untuk memerdekakan negara selepas pilihanraya adalah satu perjuangan.

Namun begitu, mengapa harus kita nafikan perjuangan Burhanuddin Al-Helmi, Ahmad Boestamam mahupun Chin Peng dan Rashid Maidin. Mereka turut berjuang dengan cara mereka sendiri. Sewajarnya, nama mereka ini turut diangkat sehebat nama Tunku dan persatuan mereka juga harus diangkat sebagaimana UMNO yang di julang hari ini. Adakah kerana mereka golongan kiri maka perjuangan mereka dinafikan? Kita harus fahami fakta sebelum membuat sebarang andaian. Siapa yang mula-mula menghidupkan slogan “Merdeka”? Semuanya bermula dengan gerakan kiri sedangkan UMNO pada ketika itu masih berkhayal dengan slogan “ Hidup Melayu”. Pastinya ramai yang terlepas pandang akan hal ini tetapi ketelitian adalah signifikan bagi memahami sejarah perjuangan bangsa merdeka.
bersambung....

2 comments:

ashrafhamid said...

perjuangan persatuan dan pertubuhan selepas kemerdekaan itu juga turut memainkan peranan dalam merubah struktur sistem sosial masyarakat. umpamanya, rapat umum 1974 di baling, yang kini dipopularkan lagi isunya oleh sabery cek dalam debat. lihat apa yg berlaku kesan drpd rapat umum tersebut. ianya mendesak kerajaan utk melakukan perubahan. kadar jasin menulis..It was as a consequence of that protest that the Government launched a series of emergency programmes. Among them were the rubber price support scheme, the national rubber stockpile, the accelerated replanting of rubber smallholdings by Risda, the issuance of land titles to the illegal smallholders and the setting up of hostels for children of rubber smallholders.

Hilman Idham said...

syabas atas komentar yang hebat. idea baru untuk menelusuri perjuangan bangsa dari sudut persatuan dengan petikan nukilan kadir jasin. Semoga bangsa ini terus sedar dan bangkit tanpa perlu menghunus keris..