Thursday, December 31, 2009

2010 MULA DENGAN MEMPERTAHAN DEMOKRASI KAMPUS!


Segala sekatan, larangan dan ugutan harus dilawan! Anak muda, mahasiswa, pendukung demokrasi harus turun!

SELAMAT JALAN, TUAN PRESIDEN

Menjelang malam tahun baru 2010, selsai juga menghadam sebuah buku karya Gabriel Garcia Marquez selepas hampir beberapa bulan tidak melunaskan tanggungjawab ini. Karya Marquez bertajuk "Selamat Jalan Tuan Presiden".

Memperlihatkan kisah seorang presiden yang telah digulingkan. Tragis bila mana hanya dihormati ketika memegang tampuk kekuasaan. Diabaikan segenap masyarakat saat status diri sebagai seorang presiden telah hilang. Hingga berjalan di tengah kota juga tidak ada yang menyapa. Hinggalah muncul Homero seorang muda yang di ajakoleh mantan tuan presiden untuk makan disebuah restoran eksklusif di tengah kota. Saat menyedihkan juga bila tuan kedai juga tidak mengenalinya sebagai mantan presiden!

Maka, menjelang 2010 ini harus ada keinsafan tentang kekuasaan. Kekuasaan itu tidak kekal dan tidak mutlak. Kemuliaan itu hanya pada kuasa jika kuasa tidak absah. Absah itu diberi oleh rakyat dan bukan oleh cukong dan elit kekuasaan. Hilanglah kemuliaan Tuan Presiden bila hilang takhta di tampuk kuasa!

2010 juga harus jadi medan perdebatan besar. Harus jadi medan membangun semangat muda. Harus jadi lebih baik dari 2009.

2009 masih gagal membangun gerakan muda. 2009 masih gagal membawa kesedaran pada anak pegawai kerajaan dan tauke besar yang hidup senang bahawa masih ada anak yang tidak selesai sekolah dan tidak punya keseronokan hidup seperti mereka.

2010 muncul esok! Harapan besar yang menggila. Untuk menyusun lebih banyak rencana.

Selamat Jalan, Tuan 2009!

Monday, December 14, 2009

WACANA UNTUK ANAK MUDA

NEW ERA FORUM

The Triangular Relationship: State, Ethnic and Religion----Voices of Youth

Date: 23rd December 2009(Wed)
Time: 7:00-9:00pm
Venue: New Era College, Kajang.

Forum Agenda:

Chairman: Mr. Loo Chuan Boon(not confirm yet)

MC: Ms. Seow Mun Kei

6.30–7.00pm

Registration

7.00–7.10pm

Opening Address

7.10–7.30pm

Panel 1: Muhammad Hilman B. Idham, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Mahasiswa Sains Politik UKM.

7.30–7.50pm

Panel 2: Kelvin Lee See Kiang, Former Chairman of New Era College Student Union. Journalist of “The Rock News”.

7.50–8.10pm

Panel 3: Shazni Munir Mohd Ithnin, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM dan Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS)

8.10–8.30pm

Panel 4: (not confirm yet)

8.30– 8.40 pm

Q & A

8.50 –9.00pm

Closing Remarks by Chairman

9.00pm-

Refreshment and Discussion


Semua Dijemput Hadir!

LAGI PROGRAM UNTUK ANAK MUDA...



Jom ke Fiesta Anak Muda !

Tarikh: 20hb December 2009 (Ahad)
masa: 8.30 pg - 11.30 mlm
Tempat: Dewan Serbaguna Seksyen 5, MBPJ (dekat dengan Stesen KTM Petaling)


Tentatif;

10.15pg - 12.15tgh
Perkongsian Filem: 'GADOH' Aku Bangsa Malaysia
Pengarah dan pelakon-pelakon filem akan menghadiri untuk berkongsi pandangan filem tersebut

2.00ptg - 4.00 ptg
Bengkel - Suara Anak Muda
(cit cat cabaran Anak Muda)



4.00 ptg - 5.30 ptg
Minum Petang bersama dengan pemimpin Anak Muda dan Wanita:
- YB Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia ),
- YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang),
- Nalini.E (Koordinator kempen Suara Rakyat Malaysia-SUARAM dan Sekretariat Jaringan Rakyat Tertindas-JERIT) , dan
- Hilman Idham (Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen-KAMI, Aktivis Mahasiswa)

8.30 mlm - 11.30 mlm
Konsert Akustika
- Meor Yusoff Azzidin
- Beeha
- Nikbindijan
- Rumah Anak Teater
- Notis
- Wani Ardy
- Mistikus
- Couple

Anak Muda, Seni dan Muzik
Jom bersembang dengan Mazir, Xifu Nassier (Algebra) dan Lim Ping Seng (binsen)

Makanan Sarapan, tengah hari dan malam disediakan, kemasukan adalah percuma...

Sila hubungi Shiekh Omar Ali 013-2965724, Ong Jing Cheng 012-7583779 atau Medecci Lineil Repong 016-2208784 untuk maklumat lanjut.

Thursday, December 10, 2009

Mahasiswa dan BTN

Isu Biro Tata Negara (BTN) sudah menjadi bualan setiap anggota masyarakat lebih-lebih lagi apabila berlaku pertarungan mulut Datuk Seri Nazri Aziz dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Idea dan cadangan Kabinet negara untuk melakukan rombakan modul berkenaan mendapat tentangan Dr Mahathir yang mempertahankan bahawa ia baik dan tidak perlu dirombak.

Idea Dr Mahathir ini kemudian mendapat sokongan kebanyakan pimpinan Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri sendiri.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) turut mengeluarkan kenyataan pendirian berkenaan isu ini. Mungkin ramai yang menganggap bahawa mahasiswa sekadar ingin turut campur hal-hal politik.

Namun, saya berpandangan bahawa mahasiswa bertanggungjawab untuk turut bersuara menyatakan pendirian mereka kerana mahasiswa adalah antara kumpulan sasaran yang dikehendaki untuk menghadiri sesi BTN.

Suara mahasiswa kali ini selari dengan suara kebanyakan mantan pengendali BTN bahawa BTN adalah program yang tidak sihat. Penuh dengan hal-hal perkauman, memecahbelahkan masyarakat serta menekan peserta untuk taklid pada pihak-pihak tertentu.

BTN adalah sebuah program yang saya kira relevan jika dijalankan dengan modul dan cara implementasi yang baik dan penuh tanggungjawab untuk membangunkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat khususnya anak muda. Namun, malang kerana ia tidak begitu.

Kebanyakan mahasiswa yang menghadiri program ini kecewa kerana unsur-unsur perkauman masih lagi wujud. Mungkin pengendali belum sedar bahawa landskap politik sudah berubah dan idea-idea perkauman ini sudah mula ditolak keras oleh sebahagian besar masyarakat termasuk juga parti-parti komponen dalam Barisan Nasional.

Namun ada juga mahasiswa yang tidak bersetuju dengan usaha dan pendirian SMM untuk memboikot program BTN ini atas alasan pernah menghadiri dan ia ternyata menarik untuk mahasiswa.

Program BTN mempunyai pelbagai modul dan cara implementasi yang berbeza mengikut latar belakang peserta.

Penyertaan daripada peserta yang keseluruhannya Melayu akan mendapat layanan dan cara kendalian yang berbeza dengan penyertaan peserta yang keseluruhannya rencam dengan keterlibatan pelbagai kaum. Hal ini yang berlaku dalam BTN.

Namun, SMM tetap dengan prinsip menolak segala manipulasi dan agenda perkauman sempit bagi kepentingan sesetengah pihak. Idea membenci sesetengah individu juga adalah perkara yang ditolak kerana ia adalah menggunakan program agensi kerajaan ini sebagai alat untuk meraih sokongan.

Mahasiswa sebagai masyarakat kampus yang terpelajar seharusnya bijak dan sudah layak untuk menyatakan pendirian dan pandangan mereka.

Penolakan BTN dibuat atas dasar penolakan agenda perkauman yang dibawa, idea-idea yang memecahbelahkan masyarakat dan penggunaan agensi kerajaan sebagai alat untuk meraih sokongan politik.

Harus dibezakan parti politik dan kerajaan.

Ini adalah hasil daripada pengalaman kebanyakan mahasiswa yang telah menghadiri program berkenaan.

Sekiranya tetap mahu dipertahankan, ia tidak menjadi masalah yang besar. Sebaliknya kerajaan harus bersedia untuk mendedahkan modul dan cara implementasi yang diguna pakai dalam program ini.

Masyarakat saya kira sudah cukup matang untuk menilai dengan sendirinya.

Mahasiswa juga tidak melihat apa rasionalnya untuk mewajibkan penerima tajaan dan biasiswa kerajaan serta mahasiswa yang akan ke luar negara untuk menghadiri program berkenaan.

Pasti ada sebab mengapa mereka diwajibkan penyertaannya, namun ia tetap ditolak sekiranya ternyata ia dimanipulasikan untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Oleh itu, atas semangat reformasi kepada perubahan yang lebih baik dan cocok dengan keadaan dan situasi semasa, saya kira relevan untuk dirombak dan dikaji semula.

Malah, sekiranya turut terbukti bahawa BTN tidak sihat dan digunakan sebagai alat untuk meraih sokongan pihak-pihak tertentu maka ia harus terus dimansuhkan segera.

Tulisan ini dikeluarkan di ruangan Malaysian Insider pada 11 Disember 2009