Karya Orhan Pamuk ini terlalu agung. Ramai sekali yang mengangkat karya ini lantas menerima anugerah Nobel Sastera. Kata Koran Tempo " Reputasi antarabangsa Pamuk semakin mencorong ketika is memublikasikan Benim Adim Kirmizi". Tidak hairan ia diangkat oleh para pengamat sastera dunia. Kerana itu ikranegara berkata bahawa fenomena estetik Orhan Pamuk ini memang pantas mendapat hadiah nobel. Karya yang merangkumi pertikaian muslim dan sekuler turki ini juga tidak meninggalkan penampilan cinta dan kisah peninggalan sejarah turki di abad silamnya. Malang sekali pendeta baru berkesempatan membaca. Mungkin baru merangkak memahami filasuf dan kisah dongeng dari Orhan Pamuk!
"Jangan mencari penyelesaian apa pun dalam penulisan ini. Kamu tidak akan menemuinya. Sesungguhnya, zaman ini tidak memiliki apa-apa. Apa yang sudah diputuskan telah berakhir; revolusi yang akan datang baru hanya pada saat permulaan. Kita tidak bangun, namun hanya merosak; tidak mengisytiharkan penemuan baru, namun membuang kepalsuan yang lama." (Alexender Herzen)
Thursday, June 19, 2008
Monday, June 16, 2008
Akrab? Ia kami akrab. Terlalu akrab. Makan sama, belajar sama, lepak sama, solat sama, tidur sama, sampai ke dewan peperiksaan pun sama. Mana mungkin ada yang akrab sebegini dalam asasi? Tak akan ku lupakan semua yang dalam gambar ini. Teman seperjuangan yang mungkin bakal pemimpin masa depan. Manalah tahu ada yang akan jadi pemimpin besar dan hebat. Bukan sekadar Presiden Asasi yang tak seberapa. Haa..marah barangkali teman ku itu atau kecil hatinya mungkin. Tapi bagi kami, gurauan sebegitu yang akan kami ingat sampai tua. Kadang kala ada juga perselisihan faham tapi begitulah adat manusia. Tak semua sempurna. Tapi tarikannya ada pada makhluk dalam gambar ini. Jika tidak, tak mungkin 4310 selalu penuh dan heboh. Markas? Surau? Tempat tidur? Bilik mesyuarat? Semuanya boleh. Tapi 4310 bukan tempatnya bagi yang merokok. Hah! Bukan aku tak tahu Judeng selalu hisap time aku tiada di bilik. Manusia hipokrit itu biasa bagi aku. Nak hidup la katekan! Bagi aku, tetap pendirian yang paling penting. 'Ustak! Mu bile nak bruboh?' Nama USTAK memang gemar kami teriakkan begitu. Dari belah tengah sampai dah layer tapi rambut je yang berubah. Tapi ustat tetap atas pagar bak kate Hasan. Begitulah rindunya hati dengan sahabat2 lebih2 lagi bila makan capati. Pantas teringat Hasan! Ntah bila dapat bersama teman2 ini lagi??? Mungkin akan ku sambung lagi hikayat ini kerana sahabat2 ku ini mungkin sedang dilanda bahagia!
TAN MALAKE ATAU MALAKA?
'Buku ape ni?'. 'Tan Melake?' 'Tak main la duduk rumah bace buku ni' kata seorang rakan ku. 'Ape la bace buku Melake' katanya lagi diikiuti hilai tawa rakan yang lain. Aku berkata itu Tan Malaka. 'Orang bukannya tempat'. Dalam hatiku berkata 'inilah bakal perosak bangsa'. Bagai garuda menyambar rasa marahku. Selepas mereka pulang aku berfikir, bagaimana agaknya bangsa ku akan datang. Sahabat2 lama ku semuanya rosak dengan lagaknya yang lebih gah dari rupa. Cakap berdegar2 tapi tahi tersangkut digelegar. Apakah anak melayu hari ini sekadar berpuas hati dengan apa yang dikecapi sekarang? Terlalu bangga dengan jawatan yang di pegang sekarang walaupun hanya penguatkuasa PBT di daerah ku. Bodoh! Inilah anak watan yang tidak kenal susah payah bangsa sendiri. Asal Melayu hebatnya ketuanan Melayu. Apa sangat yang boleh kita banggakan kalau hanya bertongkatkan bantuan kelompok bangsa. Tak boleh 'survive' anak melayu hidup sendiri. Anak Melayu tidak tahu idola mana yang harus dicontohi. Pemikiran sempit, buta dan ada juga yang buat2 buta. Sedangkan Tan Malaka sendiri tidak dikenalnya. Tokoh Melayu hebat, wacananya hebat, idealismenya hebat, sejarah perjuangannya hebat, semuanya hebat! tapi anak Melayu buta. Tak kenal asal usul perjuangan bangsa. Ke sekolah hanya sekadar suka2, mencari teman dan rutin harian. Memang lengkap untuk tiada masa depan! Itu belum lagi ditanya siapa Ahmad Boestamam, Pak Natsir, Mat Indera, HAMKA. Bangunlah melayu, apa yang dibanggakan dengan ketuanan melayu? Apa yang beraninya melayu? Orang melayu kalau ke Indonesia pun belum tentu berani sedangkan kita bangsa serumpun, bukan bangsa lain! Lihat orang2 bangla yang di hina, kita anak Melayu lebih hina kerana pengecut. Mat Bangla lebih berani sudah mengembara jauh dari negerinya. Kita masih duduk dibawah ketiak ibu bapa. Anak Melayu hantar ke asrama pun sudah menangis inikan pula keluar merantau. Anak minang Tan Malaka dari Kediri sampai ke Moscow sendirian. Baru anak jantan, gah orang Melayu ke negeri orang putih sendirian. Namun hakikat yang perlu anak melayu hari ini harus sedar bangsa kita semakin roboh. Pantas cari pengalaman untuk kumpul kekuatan untuk bangunkan bangsa semula! Kenali bangsa ini dan amati dengan baik. Bukan untuk berfilasuf tapi sekadar untuk kita nikmati kehebatan bangsa kita yang dahulunya hebat!
Sunday, June 15, 2008
RINDU PADA 4310
4310 bukan sekadar nomor. Namun terlalu banyak kenangan manis pahit bersama teman 4310. Ada yang menggelar 4310 ini markas pembangkang berpolitik namun lebih manis lagi kerana markas ini mampu menghimpunkan bukan hanya pembangkang tetapi juga kerajaan sebagai ahlinya. Kenangan ini tidak mampu dibeli dengan wang ringgit kerana terlalu berharga bagi semua ahlinya. Nomor 4 ialah blok, 3 ialah tingkat dan 10 ialah nomor bilik. Inilah 4310 yang menghimpunkan Yob2 Perak, Mat Kelate, Awe ganu dan Orang2 Selangor. Mereka ini mungkin semuanya beridealisme yang bebas dan merdeka 100% seperti Tan Malaka yang dambakan kemerdekaan Indonesia namun dalam kebebasan itu muncul aneka fe'el yang menjadikan setiap ahlinya pasti rindukan 4310.
AKHIRNYA TERCIPTA
Setelah hampir dua bulan menghabiskan masa mencari hala tuju dan pengalaman hidup, baru hari ini berasa yakin untuk menulis. Blog ini mungkin tercipta untuk perkongsian idealisme baru yang ingin terus mencari penawar hidup untuk kesenangan masa hadapan. Bukan hasrat untuk menjadi pendeta yang mengajar ilmu tarikat namun ingin berkongsi filasuf hidup agar anak melayu hari ini mampu mencipta nama setanding tembok besar cina.
SALAM PERKENALAN
Dalam kesuntukan masa mengejar cita-cita, dunia hari ini tidak sesekali boleh diabaikan kerana apabila ia diabaikan kekuasaan akan terus merakus dunia. Anak Melayu hari ini tidak boleh terus leka dengan segala kemewahan hari ini. Bangunlah bertindak dengan idealisme yang lantang untuk menawan dunia akan datang!
Subscribe to:
Posts (Atom)