Akrab? Ia kami akrab. Terlalu akrab. Makan sama, belajar sama, lepak sama, solat sama, tidur sama, sampai ke dewan peperiksaan pun sama. Mana mungkin ada yang akrab sebegini dalam asasi? Tak akan ku lupakan semua yang dalam gambar ini. Teman seperjuangan yang mungkin bakal pemimpin masa depan. Manalah tahu ada yang akan jadi pemimpin besar dan hebat. Bukan sekadar Presiden Asasi yang tak seberapa. Haa..marah barangkali teman ku itu atau kecil hatinya mungkin. Tapi bagi kami, gurauan sebegitu yang akan kami ingat sampai tua. Kadang kala ada juga perselisihan faham tapi begitulah adat manusia. Tak semua sempurna. Tapi tarikannya ada pada makhluk dalam gambar ini. Jika tidak, tak mungkin 4310 selalu penuh dan heboh. Markas? Surau? Tempat tidur? Bilik mesyuarat? Semuanya boleh. Tapi 4310 bukan tempatnya bagi yang merokok. Hah! Bukan aku tak tahu Judeng selalu hisap time aku tiada di bilik. Manusia hipokrit itu biasa bagi aku. Nak hidup la katekan! Bagi aku, tetap pendirian yang paling penting. 'Ustak! Mu bile nak bruboh?' Nama USTAK memang gemar kami teriakkan begitu. Dari belah tengah sampai dah layer tapi rambut je yang berubah. Tapi ustat tetap atas pagar bak kate Hasan. Begitulah rindunya hati dengan sahabat2 lebih2 lagi bila makan capati. Pantas teringat Hasan! Ntah bila dapat bersama teman2 ini lagi??? Mungkin akan ku sambung lagi hikayat ini kerana sahabat2 ku ini mungkin sedang dilanda bahagia!
1 comment:
persahabatan ini kekal tetap selamanya. kawan2 baru mendatang, kawan2 lama tetap x dilupa.
Post a Comment