Sunday, June 15, 2008

RINDU PADA 4310

4310 bukan sekadar nomor. Namun terlalu banyak kenangan manis pahit bersama teman 4310. Ada yang menggelar 4310 ini markas pembangkang berpolitik namun lebih manis lagi kerana markas ini mampu menghimpunkan bukan hanya pembangkang tetapi juga kerajaan sebagai ahlinya. Kenangan ini tidak mampu dibeli dengan wang ringgit kerana terlalu berharga bagi semua ahlinya. Nomor 4 ialah blok, 3 ialah tingkat dan 10 ialah nomor bilik. Inilah 4310 yang menghimpunkan Yob2 Perak, Mat Kelate, Awe ganu dan Orang2 Selangor. Mereka ini mungkin semuanya beridealisme yang bebas dan merdeka 100% seperti Tan Malaka yang dambakan kemerdekaan Indonesia namun dalam kebebasan itu muncul aneka fe'el yang menjadikan setiap ahlinya pasti rindukan 4310.

No comments: