Perjuangan mesti diteruskan! Tinggalkan segala perkara remeh yang membelenggu hidup selama ini. Pendeta juga mulai berhenti berfantasi dengan sosialis. Bukan kerana hampa atau putus asa, tetapi ada perkara lain yang lebih memerlukan komitmen dari pendeta. Kadangkala dalam perjuangan ini ada yang kecewa bila perjuangannya tidak di hargai. Ezam juga kecewa barangkali. Pendeta juga begitu, tatkala memikirkan mengapa harus terus berjuang dalam fantasi sosialis sedangkan tiada apa yang dihargai dan akan dihargai. Maka lebih baik berjuang dalam realiti yang sudah menunjukkan ada dukungannya. Mungkin sosialis berkata perjuangan mereka dalam hidup tidak pernah selesai. Bagi pendeta, perjuangan itu memang tidak akan selesai jika tiada prinsip perjuangan dalam hidup. Tiada istilah berseronok dalam hidup. Semua yang dilakukan perlu komitmen yang tinggi lebih-lebih lagi dalam perjuangan. Situasi ini telah menentukan, perjuangan dalam realiti perlu diutamakan daripada berjuang hanya dalam fantasi hidup yang tidak pernah memberi walau satu harapan!
No comments:
Post a Comment