Mengingati semula kebangkitan mahasiswa tatkala menjunamkan rejim Suharto di Indonesia. Sirah perjuangan mahasiswa Indonesia terlalu agung jika diimbas kembali. Kemunculan orde baru di zaman reformasi yang berjaya menumbangkan rejim Suharto ini digerakkan oleh mahasiswa dari kampus. Ini sememangnya kita tuntut sebagai seorang mahasiswa. Kita tidak perlu dikongkong dengan pelbagai undang-undang bacul yang sebenarnya gentar dengan suara anak muda. Turun dijalanan adalah cara untuk kita mengekpresikan demokrasi dan tidak muncul soal budaya atau tidak. Malah jika ia bukan budaya kita, mari sama-sama kita zahirkannya sebagai satu budaya masyarakat demokrasi yag mempunyai semangat juang dan tahap kesedaran politik yang tinggi.
Kita bukan mahu mencetuskan keadaan huru-hara. Kita cuma mahu kebebasan yang sebenar-benarnya. Kita mahu kebebasan bersuara, berfikir, berdiskusi, berkumpul bagi menzahir dan mengekpresikan apa yang kita pertahan dan perjuangkan. Ini adalah hakikat yang wajib kita terima bagi melahirkan mahasiswa yang berideologi. Mengapa perlu berideologi? Ideologi ini penting bagi membawa satu perubahan bukan sahaja dalam kampus tetapi juga diluar kerangka universiti yakni di kehidupan luar nanti.

Mengapa mahasiswa perlu sedar?
Mahasiswa adalah sebagai satu ukuran bagi masyarakat yang bakal menggerakkan segala situasi yang berlaku dalam politik, pentadbiran, undang-undang dan lain-lain. Hal ini kerana, golongan mahasiswa di kampus adalah golongan yang berilmu dan mempunyai pengetahuan dalam hal-hal sedemikian. Maka, jika tidak mahasiswa yang menggerakkan masyarakat tidak mungkin golongan yang tidak berpelajaran diluar akan menggerakkannya dahulu.
Apa pula hubungan mahasiswa dengan keadaan politik atau situasi yang berlaku diluar?
Pendeta bertanya adakah benar perubahan akan berlaku walaupun dengan bertukarnya tampuk kepimpinan atau kerajaan sedia ada? Benarkah hak mahasiswa akan dikembalikan dan benarkah nasib orang miskin akan kembali terbela? Semua ini memerlukan satu desakan daripada segenap masyarakat yang mahukan perubahan. Inilah yang digambarkan dalam teori pluralis. Kantung-kantung kecil dari bawah ini perlu digerakkan untuk menuntut satu perubahan. Tragedi Semanggi 1 cukup hebat sehingga mahasiswa ditembak mati. Kita bukan mahu berjuang sehingga ditembak mati. Kita tidak perlu terlalu agresif atau radikal seperti ini. Cukup sekadar semangat atau kesedaran itu muncul dalam diri setiap mahasiswa.
Semangat apa yang perlu dihidupkan?
Kita tidak bercakap soal perjuangan ideologi seperti perjuangan politik di luar. Jangan menghambakan diri kepada politik sehingga menjadi 'political animal'. Politik di luar cukup sekadar menjadi kerangka idealisme yang isinya adalah perjuangan sebagai seorang mahasiswa itu sendiri. Cukup sekadar berbicara soal perpaduan, hak mahasiswa, kebajikan, dan soal-soal asas. Ini secara tidak langsung akan melatih kita mula beridealisme bagi suatu agenda yang lebih besar. Namun, tidak semestinya kita tidak bersuara mengenai perkara-perkara lain. Suara mahasiswa itu turut penting bagi mengerakkan pemikiran dan mengutarakan pendapat anak muda.
Ayuh kita gerakkan kembali perjuangan dan suara anak muda mahasiswa. Mungkin ada yang tidak percaya pada perjuangan. Dalam ketidakpastian itu, hanya satu ungkapan untuk mereka yakni pemikiran mereka sempit dan bacul!

No comments:
Post a Comment