Friday, February 6, 2009

KRISIS POLITIK, FEUDALISME DAN KEMATANGAN DEMOKRASI

Kebangkitan rakyat mempertahankan mandat dan keabsahan yang diberi kepada sebuah pemerintahan kelihatan jelas apabila krisis politik melanda negeri Perak. Namun soalnya, apakah rakyat sudah benar-benar bersedia mempertahankan hak demokrasi mereka dengan ‘penderhakaan’ kepada sistem feudalisme? Kecamukan politik di negeri Perak dilihat membawa satu anjakan baru kepada kebangkitan rakyat. Pelbagai persoalan yang timbul dalam benak fikiran setelah kejadian yang berlaku. Antara yang kritikal ialah; apakah keputusan dan situasi yang berlaku menjadi titik tolak kepada penentangan dan penolakan rakyat terhadap sistem feudalisme?

Jika dahulu keputusan Sultan adalah undang-undang yang wajib dipatuhi lantas didaulatkan pula dengan kedaulatan sultan itu sendiri. Hal ini menjadi antara penyebab rakyat patuh dengan taat setia kepada Sultan kecuali Hang Jebat. Natijahnya tidak berlaku hari ini apabila keputusan Sultan lagi disanggah oleh rakyat walau dengan suara-suara lunak ‘memohon sembah derhaka’.

Situasi hari ini turut membawa satu lembar baru dalam arena pendemokrasian negara. Keadaan terus menuntut kematangan dalam arena pendemokrasian. Pengalaman berkrisis ini perlu dihargai dalam usaha memastikan demokrasi terus subur. 20 tahun lagi, peristiwa hari ini akan menjadi lembaran sirah agung kederhakaan rakyat dalam konflik mempertahankan hak dan keabsahan yang diberi kepada sesebuah pemerintahan.

2 comments:

Wawa said...

weh hilman..ko ke tulis ni?? *terlopong selame 2.5 minit*

-wawa kajai

Ahmad Deniel said...

Bak kata prof. Aziz bari ketika, bnyk persolan timbul berkenaan perkara 121(1A) P.P, ini merupakan satu rahmat kepada Umat..

Rahmatnya untuk rakyat lebih mengerti apa itu undang2,apa itu perlembagaan. Jelasnya ini merupakan satu wide screen untuk rakyat menonton dunia di sebalik undang2 yang jelas hanya menjadi tontonan Peguam dan orang di bidang kehakiman.

Kita belajar, dan terus belajar.Kita memerhati apa yang berlaku agar menjadi matang meniti poltik malaysia yang unik ini..

Cuma jangan emosi melangkaui rasional dan kedaulatan.