Salam Eidul Adha buat semua ahli keluarga, teman seperjuangan dan sahabat handai. Eidul Adha adalah peristiwa yang tuntasnya mengingatkan kita kepada pengorbanan agung Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s. Natijahnya, kita mengetahui bahawa segala-galanya di dunia ini memerlukan pengorbanan termasuk melakukan perubahan sama ada dalam diri sendiri atau dalam kehidupan seharian. Perubahan itu hanya akan berlaku dengan sebuah pengorbanan. Sebagai insan manusiawi kita seharusnya sentiasa berubah menjadi yang lebih baik dengan melakukan pengorbanan. Sememangnya dalam setiap perubahan itu akan ada perkara yang dikorbankan dan itu adalah suratan hidup bagi setiap makhluk yang diciptakan. Beranilah melakukan pengorbanan demi perubahan di masa hadapan. Sekian, Salam Eidul Adha buat semua.
ikhlas,
hilman idham
No comments:
Post a Comment